Saturday 25 February 2012

Projek Melayu Entri 1

Alat Muzik Tradisional Gambus:
Sejarah muzik gambus ini dibawa oleh pedagang Arab berasal dari Arab Parsi sekitar tahun 1800 popular di Tanah Melayu dan berkembang di Negeri Johor.Alat muzik ini biasanya dimainkan dalam muzik ghazal.Kesenian ini diwarisi dengan adanya perkahwinan campur antara orang Melayu dan pendatang Arab tersebut. Permainan alat muzik gambus ini biasanya terdapat dalam kumpulan muzik Ghazal.
 Cara untuk memainkan gambus ialah dipetik bagaimana cara bermain gitar, tetapi ia berbeza sedikit dengan bermain gitar kerana permukaannya ditutup dengan kulit kambing atau kulit biawak.


Alat Muzik Tradisional Kompang:
Sejarah alat muzik Kompang ini berasal dari dunia Arab dan dipercayai dibawa masuk ke Tanah Melayu sama ada ketika zaman Kesultanan Melaka oleh pedagang India Muslim, atau melalui Jawa pada abad ke-13 oleh pedagang Arab.
Cara untuk bermain Kompang ialah dengan menepuk kulit kompang dengan bahagian jari-jari ataupun tapak tangan kita dengan mengikuti rentak yang tertentu.


Alat Muzik Tradisional Rebana:
Sejarah alat muzik Rebana berasal dari daerah Timur Tengah dan dipakai untuk acara kesenian.
Cara untuk bermain Rebana ialah dimainkan secara berkelompok. Jenis dan cara bermain Rebana ini ialah cukup unik.